Friday, October 9, 2026

FESTIVAL KONVOKESYEN KUMPULAN PENDIDIKAN YPJ (FESKO) 2026.

 🎓 JOM RAIKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK JOHOR! 🎓 

Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) menjemput seluruh masyarakat Johor untuk bersama-sama memeriahkan Festival Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ (FESKO) 2026 yang berlangsung selama 3 hari, dari 22 hingga 24 Oktober 2026. (Khamis-Sabtu). 

📍 Lokasi FESKO 2026: 
Dataran Blok E, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ), KM 16, Jalan Kota Tinggi–Kulai.

Pelbagai aktiviti dan jualan melibatkan pelajar serta komuniti setempat disediakan. Inilah peluang untuk masyarakat datang bersama keluarga dan rakan-rakan, menyokong bakat serta kreativiti pelajar dan bersama-sama memeriahkan suasana festival konvokesyen. 

🎓 KEMUNCAK Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-27 akan berlangsung pada:
 📅 24 Oktober 2026 (Sabtu) 
📍 Dewan Besar, Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ).

Marilah kita bersama-sama meraikan kejayaan 800 orang para graduan yang telah menamatkan perjalanan pendidikan mereka dan melangkah ke fasa baharu kehidupan. 

Jangan lepaskan peluang! Ajak keluarga dan rakan-rakan, datang beramai-ramai ke FESKO 2026. 

🎉 22 – 24 Oktober 2026 

SEMUA DIJEMPUT HADIR! 

No comments:

Post a Comment