MAHA - Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism adalah pameran anjuran Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan yang menampilkan kehebatan teknologi agromakanan & agropelancongan di Malaysia dan ianya bertaraf Asia Tenggara yang mana ianya berlaku 2 tahun sekali.
Kerajaan Negeri Johor akan turut serta dalam pameran tersebut melalui Pavilion Johor yang akan diadakan pada 28 Ogos 2026 hingga 6 September 2026 (10 hari), di MAEPS, Serdang.
Kali ini Pavilion Johor 2026 hadir dengan penampilan keunikan sektor agromakanan dan agropelancongan yang menarik dari Negeri Johor. Makanan signiture Johor pastinya sama yang terdapat di “Selera Johor”. Mee rebus, otak-otak, nasi beriyani dan pelbagai lagi makanan yang menarik dan sedap bakal dirasai oleh pengunjung Pavilion Johor.
Terdapat juga keunikan makanan tradisi Johor yang hanya ada di “Ole-Ole Johor” selain persembahan kebudayaan negeri Johor seperti tarian Zapin, kuda kepang dan lain-lain akan dipertontonkan untuk anda.
Meh lah singgah ke Pavilion Johor. Keasyikan kebudayaan, kenikmatan makanan serta kehebatan pameran dan keunikan program yang terdapat disini pasti akan menjanjikan kemeriahan suasana di MAHA 2026 kali ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke Pavilion Johor di MAHA 2026. Yang pasti anda tak hadir anda rugi….