Kejohanan Chef Dunia Peringkat Antarabangsa 2026 (WCC 2026) kembali untuk Edisi Ke-5! Bukan sekadar pertandingan memasak biasa, acara ini bakal melakar sejarah melalui Percubaan Rasmi Guinness World Records sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Berpusat di bandaraya Johor Bahru, inilah pentas kulinari bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan chef terbaik dunia. Dari masakan Cina, Barat, dan fusion, sehinggalah ke seni pastri serta latte art, inilah pentas sebenar bagi setiap chef untuk menunjukkan kemampuan mereka di mata dunia.
📅 Butiran Acara
Acara: Kejohanan Chef Dunia Peringkat Antarabangsa 2026
Tarikh: 21 Mei – 23 Mei 2026
Masa: 11:00 Pagi – 10:00 Malam
Lokasi: Persada Johor International Convention Centre
🔥 Pendaftaran Kini Dibuka!
Jika anda pencinta kulinari atau mempunyai bakat dalam masakan, inilah peluang keemasan anda untuk menyinar di pentas dunia! Pendaftaran kini dibuka bagi 21 kategori yang dipertandingkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan atau butiran program, anda boleh menghubungi pihak penganjur (Persatuan Juara Juru Masak Malaysia - MC
MA) melalui saluran berikut:
📞 WhatsApp: +6017-877 9182
📧 Emel: enquiry@wccm.com.my
🌐 Laman Web Rasmi: www.wccm.com.my