Sunday, February 5, 2023

PENYAKIT DEMAM BABI AFRIKA

 Penyakit Demam Babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) tidak menjangkiti manusia. Mana-mana individu yang menjumpai bangkai babi, sila laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang terdekat. Orang ramai diminta agar tidak panik dan tidak menularkan berita yang tidak tepat.

Wednesday, February 1, 2023

AKPK CAWANGAN JOHOR BAHRU

 

Untuk makluman, pejabat AKPK Cawangan Johor Bahru kini beroperasi semula di pejabat cawangan tetap di Tingkat G, Bangunan Bank Negara Malaysia, Jalan Bukit Timbalan bermula hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Warga Batu Pahat juga berpeluang untuk dapatkan perkhidmatan nasihat kewangan AKPK di BSN Batu Pahat pada minggu kedua setiap bulan pada hari Rabu dan Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Orang ramai boleh dapatkan info mengenai perkhidmatan AKPK dan juga laporan CCRIS, tiada bayaran yang dikenakan dan semuanya adalah percuma.