Tuesday, January 18, 2022

PENGELUARAN KWSP BOLEH JEJAS PERSARAAN PENCARUM


 

PORTAL BANTUAN BANJIR


Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan portal sehenti bagi memastikan rakyat yang terkesan dalam bencana banjir mengetahui pelbagai inisiatif bantuan banjir yang disediakan kerajaan.

Portal tersebut akan memudahkan mereka yang terjejas dalam membuat pencarian serta permohonan bantuan dalam memulihkan  kehidupan mereka seperti sedia kala.

Untuk maklumat lanjut, layari bantuanbanjir.com  

#KeluargaMalaysia #MakmurSejahtera

1 Hour Johor Clean Up


1 Hour Johor Clean Up merupakan satu daripada komponen Kempen Johor Perangi Denggi yang telah dimulakan sejak tahun 2020. Ia bagi menggalakkan penglibatan dan pembudayaan amalan kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat.

 Aktiviti berkala ini diadakan serentak di seluruh negeri Johor pada Hari Sabtu Minggu Ke-3 setiap bulan, jam 9-10 pagi.

#1hourjohorcleanup

#johorperangidenggi

Thursday, January 6, 2022

PENGELUARAN KWSP SETIAP KALI BENCANA BUKAN TINDAKAN BIJAK




 


ALIR CAHAYA BATU PAHAT SEMANGAT DAN HARAPAN"

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Alir Cahaya 'Semangat dan Harapan' bersempena "The Light Project' .  Alir Cahaya adalah projek yang berkonsepkan elemen cahaya yang dibangunkan dan diterjemahkan dalam bentuk karya Seni Awam berorientasikan dan berobjektifkan suatu fasa 'Pemulihan' dalam menempuhi Era Pasca Pandemik Covid-19.

Batu Pahat adalah salah satu bandar yang terpilih dalam program ini daripada lima bandar yang terpilih di seluruh Malaysia melalui geran pembangunan program pemulih  di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA), dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Batu Pahat, dan kontraktor perunding, THINK CITY.

Pameran ini akan mula dibuka kepada orang awam bermula 8 Januari 2022 hingga Mac 2022.



 

Monday, January 3, 2022