Sempena tahun melawat Johor 2026 khasnya dan tahun melawat Malaysia amnya, Kelab Basikal Klasik Selat Tebrau (Johor Bahru) akan menganjurkan program 3rd Malaysian International Classic Cycling Festival 2026 sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 19-20 Jun 2026 (Jumaat - Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (kayuhan bermula) - 12.00 t/hari (Sabtu)
Tempat : Dewan Jubli Intan, Johor Bahru, Johor.
Program ini bertujuan menghimpunkan peminat dan penggiat basikal klasik dari dalam negara, yang turut dihadiri peserta dari luar negara di samping menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan komuniti melalui aktiviti ini.
Orang ramai boleh menghubungi Encik Azami di talian 013-7476236 untuk keterangan dan maklumat lanjut.
Pelbagai acara menarik menanti anda.. jom la datang!