Tuesday, July 11, 2023

SKIM PERUBATAN MADANI

Skim Perubatan MADANI diperkenalkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes Kes Akut) bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2023. Skim ini bertujuan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan rawatan kes-kes akut primer di Klinik Perubatan Swasta (GP) dan menambahbaik kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Program rintis Skim Perubatan MADANI akan dilaksanakan di 10 daerah terpilih iaitu Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Hulu Langat, & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Dianggarkan sebanyak 700, 000 Isi Rumah kumpulan B40 yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di Klinik GP yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI secara PERCUMA dan kelayakan adalah secara automatik. Tiada sebarang caj akan dikenakan kepada penerima semasa mereka menerima rawatan kerana kos rawatan akan ditampung oleh kerajaan dan dibayar kepada Klinik Panel Skim Perubatan MADANI melalui ProtectHealth.


Semakan kelayakan penerima boleh dilakukan di laman sesawang https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/ dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan penerima dan tanggungan yang berdaftardi bawah STR. Klinik Panel Skim Perubatan MADANI pula boleh di kenal pasti melalui carian https://kelayakan-spm.prorecthealth.com.my/find-clinics


Had manfaat Skim Perubatan MADANI terbahagi kepada tiga (3) kategori penerima (sehingga 31 Disember 2023)

A. Kategori Isi Rumah Berkeluarga - RM250

B. Kategori Warga Emas (tanpa pasangan) - RM125

C. Kategori Bujang - RM75


Tujuh (7) rawatan kesihatan Bukan Akut yang DIKECUALIKAN daripada rawatan Skim Perubatan MADANI :-

1. Imunisasi Rutin

2. Saringan Kesihatan

3. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin

4. Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin

5. Perancangan Keluarga Rutin

6. Perkhidmatan Rehabilitasi 

7. Permintaan Ubat dan Suplemen tanpa konsultasi doktor