Tuesday, December 5, 2023

PENUTUPAN LORONG KANAN DI JALAN ISMAIL SULTAN (ARAH STULANG LAUT)

 Untuk makluman, penutupan lorong kanan di Jalan Ismail Sultan (Arah Stulang Laut) akan dilaksanakan dari 29 November 2023 sehingga 1 Jun 2024. Tempoh masa kerja adalah di luar waktu puncak bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang dan 7.00 malam hingga 6.00 pagi selama 6 bulan.

Semasa penutupan lorong kanan di Jalan Ismail Sultan sejauh 400 meter dilaksanakan, pengguna jalan raya akan dilencongkan ke lorong sedia ada untuk meneruskan perjalanan (seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU di dalam peta)

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera bertugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk peta di bawah.