Monday, June 24, 2019

MAKLUMAN SEMASA KERACUNAN METANOL

SKRIP HEBAHAN KERACUNAN METANOL
(UNTUK BACAAN OLEH PENYAMPAI RADIO)


Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin memaklumkan terdapat kejadian
keracunan Metanol di negeri Johor.
Punca kejadian dipercayai disebabkan oleh meminum minuman beralkohol yang
dipalsukan berjenama Myammar Whiskey, Miludeer Beer, Whiskay 99 dan
Marteens Extra Strong.

Jika anda mengalami gejala seperti berikut dalam tempoh lima (5) hari
pengambilan minuman beralkohol :

1) Sakit perut
2) Loya
3) Muntah
4) Sakit kepala yang teruk
5) Kabur penglihatan
SEGERA mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital yang
berdekatan

Maklumat lanjut boleh didapati di facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri
Johor dan Johor Health Promotion (JOHEP).

Monday, June 10, 2019

KEMPEN HINDARI PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA

KEMPEN HINDARI PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA DI KEMENTERIAN,AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI.

Panduan

a. Menggantikan botol minuman plastik dengan botol kaca dengan menyediakan jug air.
b. Menggantikan pembalut plastik dipiring/pinggan/mangkuk dengan penutup makanan yang boleh digunakan semula.
c. Tidak menyediakan pinggan/piring/mangkuk/cawan/kutleri bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan straw plastik
d. Menyediakan water dispenser untuk kemudahan isian semula.

Amalan

a. Membawa bekas makanan,sudu,garfu dan penyedut minuman yang boleh digunakan semula untuk
kegunaan peribadi.
b. Menggunakan bag woven atau bag khas yang boleh digunakan semula semasa membeli makanan dan minuman kafeteria.
c. Menguar-uarkan amalan terbaik yang dilaksanakan didalam semua platform komunikasi teruatamanya media sosial bagi menjayakan lagi kempen ini.