Wednesday, March 18, 2026

PROGRAM KARNIVAL PICKLEBALL AMAL YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI (YPIP)

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) akan menganjurkan Program Karnival Pickleball Amal  bagi tujuan mengumpulkan dana amal serta mempromosikan aktiviti sukan di kalangan masyarakat setempat.  Program tersebut akan diadakan pada : 

Tarikh            :18 April 2026 (Sabtu) 

Masa              : 8.00 pagi - 10.00 malam 

Tempat           : 91 Pickleball Clubhouse @ Skudai. 

Perasmi          : YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah 
                         Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, 
                         Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. 

Kategori penyertaan : 

1) Terbuka Remaja - Bawah Umur 17 tahun 
2) Terbuka Remaja - Bawah Umur 13 tahun 
3) Beregu Lelaki - Terbuka 
4) Beregu Wanita - Terbuka 
5) Beregu Campuran - Terbuka  
6) Terbuka Veteran - Berumur 45 tahun ke atas. 

Penyertaan orang ramai amat dialu-alukan.  Untuk penyertaan dan maklumat lanjut boleh hubungi : 

πŸ˜„Puan Siti Aishah binti Johari 
      Pengurus YPIP  

πŸ“žTel H/P :  017-7140538  atau 

πŸ“§ Email :  yayasanpenyayangiskandarputeri@gmail.com 

Tuesday, March 10, 2026

BANTUAN ONE OFF INSENTIF MAHASISWA ANAK JOHOR

 


Berita baik buat semua Mahasiswa Anak Johor! πŸ“’
Kerajaan Negeri Johor menyediakan Bantuan One Off sebanyak RM200 kepada mahasiswa yang layak bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.
✨ Tanpa syarat pendapatan keluarga
✨ Terbuka kepada semua semester pengajian
πŸ“… Tempoh Permohonan:
6 Mac hingga 14 Mac 2026
πŸ“š Terbuka kepada pelajar:
• Sijil
• Asasi
• Matrikulasi
• Diploma
• Ijazah Sarjana Muda
🏫 Melibatkan pelajar di:
• IPTA
• IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
• IPTS bertaraf Universiti (diiktiraf MQA)
• Kolej Matrikulasi
πŸ“ Syarat Kelayakan:
✔ Dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad)
ATAU
✔ Dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor
πŸ“² Mohon sekarang di pautan berikut: https://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php
Ayuh! Permohonan dibuka sehingga 14 Mac 2026 sahaja!