Thursday, September 10, 2026

TEAM JB CHARITY WALK 2026

 Jom warga Johor Bahru kita amalkan gaya hidup sihat!!

YB Akmal Nasir, Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Johor Bahru bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru  akan mengadakan Program Team JB Charity Walk 2026 sebagaimana ketetapan berikut : 

    Tarikh     : 16 September 2026 (Rabu) 

    Masa       : 7.00 pagi hingga 11.30 pagi 

    Tempat     : Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru.

Untuk penyertaan boleh scan QR code yang diberikan. 

Pelbagai aktiviti dan hadiah menanti anda. Jom la kita ke sana!!.. 



Thursday, August 27, 2026

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 2026.

Perhatian kepada rakyat Johor!!

Yayasan Pelajaran Johor kini membuka permohonan bagi tiga inisiatif bantuan pendidikan : 
1) Skim Bantuan Pendaftaran 
2) Biasiswa Kenangan Dato' Onn
3) Biasiswa Pascasiswazah 

Bantuan ini merangkumi pelajar baru IPT, pelajar sekolah menengah serta pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang berkelayakan. 

Permohonan dibuka mulai 17 Ogos 2026 hingga 7 September 2026. 

Jom! kita rebut peluang ini. 
Layari portal rasmi atau media sosial Yayasan Pelajaran Johor untuk syarat kelayakan dan permohonan. 

Monday, August 17, 2026

PAVILION JOHOR SEMPENA PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR & AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026.

MAHA - Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism adalah pameran anjuran Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan yang menampilkan kehebatan teknologi agromakanan & agropelancongan di Malaysia dan ianya bertaraf Asia Tenggara yang mana ianya berlaku 2 tahun sekali. 

Kerajaan Negeri Johor akan turut serta dalam pameran tersebut melalui Pavilion Johor yang akan diadakan pada 28 Ogos 2026 hingga 6 September 2026 (10 hari), di MAEPS, Serdang. 

Kali ini Pavilion Johor 2026 hadir dengan penampilan keunikan sektor agromakanan dan agropelancongan yang menarik dari Negeri Johor.  Makanan signiture Johor pastinya sama yang terdapat di “Selera Johor”. Mee rebus, otak-otak, nasi beriyani dan pelbagai lagi makanan yang menarik dan sedap bakal dirasai oleh pengunjung Pavilion Johor.

Terdapat juga keunikan makanan tradisi Johor yang hanya ada di “Ole-Ole Johor” selain persembahan kebudayaan negeri Johor seperti tarian Zapin, kuda kepang dan lain-lain akan dipertontonkan untuk anda.

Meh lah singgah ke Pavilion Johor. Keasyikan kebudayaan, kenikmatan makanan serta kehebatan pameran dan keunikan program yang terdapat disini pasti akan menjanjikan kemeriahan suasana di MAHA 2026 kali ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke Pavilion Johor di MAHA 2026. Yang pasti anda tak hadir anda rugi….



MINI KARNIVAL MASJID KAMPUNG PARIT AWANG, YONG PENG, JOHOR.


Orang ramai dan penduduk setempat di jemput  hadir ke Mini Karnival Masjid Kampung Parit Awang ajuran Jawatankuasa Masjid Kampung Parit Awang, Yong Peng.  Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti anda di sana 👨‍👩‍👧‍👦✨
Maklumat Program:

📅 Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: Bermula 6:00 pagi hingga 5.00 petang
📍 Tempat: Masjid Kampung Parit Awang
​🤝 Perasmi Program:  YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid 
                                     (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor). 

Antara Aktiviti Menarik:
🛒 Jualan Rahmah & Jualan Produk Kampung
🩺 Pemeriksaan Kesehatan & Pameran
🚒 Demonstrasi Bomba & JPAM
🕌 Kuliah Subuh & Tazkirah Zohor
🎨 Peraduan Mewarna Kanak-Kanak

​Ajak famili, jiran-jiran, dan kawan-kawan semua ya! Semua dijemput hadir! 🥰






Friday, August 14, 2026

BAZAR BUKU ANTARABANGSA JOHOR 2026

Orang ramai dijemput hadir ke Bazar Buku Antarabangsa Johor 2026 bersempena dengan bulan kebangsaan pada : 

Tarikh : 21 - 25 Ogos 2026 (Jumaat hingga Selasa) 
Tempat : Paradigm Mall, Johor Bahru. 
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Pengunjung dialu-alukan memakai pakaian tradisional masing-masing dan mengabadikan kenangan di Bazar Buku Antarabangsa Johor. 

Pelbagai aktiviti disedikan untuk anda. Antaranya : 
- Sesi Bercerita 
- Sesi Bicara Buku 
- Persembahan Ukelele dari SK Seri Pulai Perdana. 
- Persembahan Busker 
- Bual Bicara 
- Persembahan Interaktif 
- Segmen Hiburan Muzikal 

Jom datang beramai-ramai. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. 


Friday, July 24, 2026

KARNIVAL EKSPLORASI STEM & TVET SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK ADTEC JTM KAMPUS BATU PAHAT.

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun ADTEC JTM Kampus Batu Pahat, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini pada : 

📅 Tarikh : 27 - 30 Julai 2026 
📍 Lokasi : ADTEC JTM Kampus Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti:
💡 Pertandingan Soccer Robot Peringkat Kebangsaan
🚀 Pertandingan Drone Peringkat Kebangsaan
⚙️ Pertandingan Sumo Robot Peringkat Kebangsaan
👩‍🏫 Simposium Professionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling Peringkat Kebangsaan
👩‍🎤 Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Batu Pahat
🎓 Open Day - Pocket Talk & Try A Skill
💥 Seminar Agentic AI (oleh Pendakwah Teknologi)
💡 Pameran Inovasi & Demonstrasi
💫 Skill Explorace
⚙️ Program Outreach JPK Wilayah Selatan
🏩 Klinik UP_TVET
🏭 Pameran 
🍔 Food Truck & Gerai Jualan
💰 Jualan Rahmah
🌱 Jualan Anak Pokok
✨ Dan banyak lagi aktiviti menarik!

👪👉 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔!
📢 Kongsikan hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan, guru, pelajar dan komuniti setempat.


Wednesday, July 1, 2026

Z NatiOn 2026 : The Gen Z Concert

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) akan menganjurkan konsert khusus untuk Gen Z iaitu Z NatiOn 2026 : The Gen Z Concert seperti maklumat berikut:
 
Tarikh             : 26 September 2026 (Sabtu)
Masa               : 08.00 malam
Tempat            : Idea Live Arena, Damansara
Artis                : Aisha Retno, Ismail Izzani, Iman Troye dan Zynakal.
 
Konsert ini bertemakan Z Empowerment bagi membentuk diri dan mengekpresikan idea serta kreativiti melalui pentas hiburan. Z NatiOn 2026 : The Gen Z Concert  juga merupakan satu manifestasi keberanian, kebebasan dan solidariti generasi digital masa kini.
 
Tujuan Konsert ini diadakan ialah untuk Mengumpul dana Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur melalui platform hiburan. Serta memartabat generasi Z dalam pelbagai bidang kepakaran seperti sukan dan industri kreatif (hiburan).
 
Untuk dapatkan tiket boleh layari www.fantopia.io