Semangat kesukarelawanan terus mekar di bumi Johor apabila satu inisiatif murni, Projek Bright Bound Johor, bakal dilaksanakan pada :
Tarikh : 18 hingga 19 April 2026
Tempat : Kompleks Raudhatul Maryam, Taman Universiti, Skudai, Johor.
Anjuran : Squad GengVolunteers Negeri Johor
Apa yang membanggakan, projek ini merupakan buah fikiran dan inisiatif sepenuhnya oleh pelajar lepasan SPM 2025 yang berasal dari Johor. Di bawah bimbingan Squad GengVolunteers Negeri Johor, kumpulan belia ini komited untuk menyumbang tenaga kepada masyarakat sebelum melangkah ke fasa pengajian tinggi.
Program dua hari ini padat dengan aktiviti bermakna, antaranya:
- Aktiviti Kerohanian: Menghias 'Sudut Rasulullah'.
- Pendidikan & Inovasi: Perkongsian elemen teknologi dalam pendidikan.
- Komuniti: Program outreach dan peragaan busana kebudayaan (Cultural Fashion Show).
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk mengimarahkan aktiviti amal, malah menjadi platform bagi lepasan sekolah untuk mengasah kemahiran kepimpinan dan komunikasi mereka.
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.
No comments:
Post a Comment