Monday, January 5, 2026

Kes pecah amanah oleh ejen insurans adalah SATU KESALAHAN JENAYAH.

Perbuatan seperti menggelapkan duit pelanggan atau syarikat, memalsukan dokumen adalah tidak boleh dikompromi. Pecah amanah oleh ejen insurans merupakan suatu kesalahan di sisi undang-undang.
📌 Kesalahan ini boleh disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
🔎 Amanah adalah tanggungjawab.
📢 Masyarakat terutamanya pemilik polisi insurans diingatkan supaya tidak membayar secara terus kepada ejen insurans melalui tunai ataupun transaksi akaun ke akaun peribadi ejen, syarikat ejen atau mana-mana individu lain yang diberikan oleh ejen. Pastikan pembayaran dibuat terus kepada akaun syarikat insurans anda.



No comments:

Post a Comment