Scammer menyamar sebagai penjual atau penyedia perkhidmatan dengan tawaran menarik dan meminta mangsa memuat turun fail .APK dari sumber tidak rasmi.
Langkah Pencegahan: Elakkan Muat Turun fail .APK dari sumber yang tidak diketahui. Semak Kesahihan penjual atau penyedia perkhidmatan sebelum membuat sebarang pembayaran. Hanya muat turun aplikasi hanya dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei Gallery sahaja.
Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar. Soal kesahihan maklumat yang disampaikan; Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda; Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa: Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan. Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997. Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment