Sunday, March 10, 2024

OBESITI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

MALAYSIA mencatatkan 29.8% kanak-kanak di bawah umur 5- 17 tahun yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti ( NHMS 2019).

Manakala kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa Malaysia adalah yang tertinggi di Asia. Kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.

Obesiti kanak-kanak boleh diatasi bermula daripada keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik.




No comments:

Post a Comment