Thursday, May 4, 2023

GABUNGAN BERTINDAK ANTI SCAM DITERAJUI OLEH CYBERSECURITY MALAYSIA

 Memiliki pekerjaan semestinya menjadi impian bagi setiap individu, lebih-lebih lagi apabila pekerjaan yang ditawarkan menjanjikan pendapatan yang lumayan serta faedah yang menarik.

Namun di sebalik tawaran tersebut, tanpa disedari ia hanya menjadikan anda sebagai umpan bagi sendikit pemerdagangan manusia atau untuk jenayah lain yang akhirnya membawa padah. Ini merupakan salah satu taktik penjenayah siber untuk mendapatkan wang serta maklumat peribadi anda.

Antara scam pekerjaan yang popular ialah penipuan bekerja dari rumah, tawaran kerja melalui e-mel, pekerjaan palsu di media sosial, penipuan pekerjaan sektor awam, perkhidmatan pos, penipuan pekerjaan dari laman web pekerjaan / agen palsu.

Untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa scam pekerjaan, pastikan anda membuat semakan tentang syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut, bercakap dengan seseorang yang anda percayai, menolak sebarang tawaran yang meminta wang dan maklumat sensitif anda, atau menjanjikan bayaran yang besar untuk hanya sedikit pengalaman profesional. Kenal pasti, semak dan lapor sebarang eksploitasi scam menerusi talian 997.

Sentiasa bijak. Sentiasa Selamat. Mesej ini dibawakan oleh Gabungan Bertindak Anti Scam diterajui oleh CyberSecurity Malaysia.


TARIKH SIARAN : 28 APRIL HINGGA 20 MEI 2023

No comments:

Post a Comment