Akaun bank dan kad ATM bukan untuk disewakan. Tawaran bayaran mudah, kerja ringkas atau komisen lumayan dengan syarat menyerahkan akaun bank merupakan taktik sindiket jenayah kewangan.
Perbuatan penyewaan akaun bank boleh menyebabkan akaun anda disalahgunakan untuk aktiviti penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah lain, walaupun anda tidak terlibat secara langsung.
Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun, denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
Akaun juga boleh disenaraihitamkan sebagai akaun keldai seterusnya menjejaskan urusan kewangan dan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Sentiasa berwaspada. Jangan serahkan akaun atau kad ATM kepada pihak ketiga.
Lindungi diri anda demi keselamatan kewangan bersama.
No comments:
Post a Comment