Tahukah anda apa itu Seksyen Forensik Siber?
Seksyen Forensik Siber merupakan salah satu cabang bidang tugas di bawah Cawangan Farmasi Forensik, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara tugas utama seksyen ini ialah melibatkan pengumpulan dan pemeliharaan maklumat dan keterangan dari peranti digital yang dirampas semasa serbuan serta pengumpulan dan analisis bahan bukti digital dari media sosial. Kedua- dua proses tersebut dijalankan di fasiliti Makmal Forensik Siber, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.Selain itu, seksyen ini juga menyediakan pegawai terlatih dalam mengendalikan peranti digital semasa serbuan dan juga menyekat penyebaran kandungan digital yang menyalahi akta. Kesemua ini adalah merupakan pendekatan dan inisiatif yang diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memerangi jenayah farmaseutikal dalam talian di negara ini.
#tolakubattidaksah #waspadapembelianonline

No comments:
Post a Comment