Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang melaksanakan Kajian Indeks Penggunaan Bahasa Kebangsaan untuk mengukur tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Kajian ini dilaksanakan oleh DBP untuk merangka dasar, merancang dan melaksanakan program penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan secara bersasar.
Sehubungan dengan hal itu, DBP ingin memohon jasa baik dan kesudian anda untuk menjawab soal selidik ini.
Layari media sosial DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tarikh akhir menjawab soal selidik adalah pada 31 Oktober 2025.
Baucar buku terbitan DBP menanti anda yang bertuah. Suara anda penting untuk masa depan kita
No comments:
Post a Comment