Thursday, August 7, 2025

Awas! Penyamaran menggunakan logo dan nama rasmi agensi!​

 ELAK JADI MANGSA PENIPUAN.

Awas! Penyamaran menggunakan logo dan nama rasmi agensi!​

🚨 Nampak seperti rasmi, tetapi sebenarnya taktik penipuan yang semakin berleluasa. Penipuan ini melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo agensi termasuk KWSP oleh pihak tidak bertanggungjawab.​

✅ Amalkan konsep 3S, Soal.Sekat.Sebar:​
1️⃣ Soal – Semak kesahihan maklumat melalui laman web atau media sosial rasmi agensi​
2️⃣ Sekat – Jangan dedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun atau kata laluan. Jangan ikut sebarang arahan!​
3️⃣ Sebar – Kongsi info ini dengan keluarga dan rakan untuk elak penipuan.​

🚨 Sekiranya anda menjadi mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda segera untuk hentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

💡 Pesanan Penting: Kekal bijak, semak dahulu, dan lindungi maklumat anda! Anda Kena Peka!!​

Sumber: KWSP



No comments:

Post a Comment