Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 24 November 2025 dan berterusan sehingga 27 November 2025.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 3.45 petang
Tarikh: 20 November 2025

No comments:
Post a Comment