Monday, August 25, 2025

Kajian Indeks Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang melaksanakan Kajian Indeks Penggunaan Bahasa Kebangsaan untuk mengukur tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. 

Kajian ini dilaksanakan oleh DBP untuk merangka dasar, merancang dan melaksanakan program penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan secara bersasar. 

Sehubungan dengan hal itu, DBP ingin memohon jasa baik dan kesudian anda untuk menjawab soal selidik ini. 

Layari media sosial DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tarikh akhir menjawab soal selidik adalah pada 31 Oktober 2025. 

Baucar buku terbitan DBP menanti anda yang bertuah. Suara anda penting untuk masa depan kita




Tuesday, August 19, 2025

Fakta Rukun Negara

 30 Fakta Rukun Negara


#1 Penubuhan Majlis Perundingan Negara

Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada 6 Oktober 1969 hasil keputusan Mesyuarat Majlis Gerakan Negara. MAPEN berperanan membincang isu perpaduan, mencari penyelesaian terbaik serta memastikan peristiwa hitam 13 Mei tidak berulang.

Penubuhan ini juga penting bagi menegakkan dan memperkukuh asas kenegaraan demi perpaduan nasional.



Thursday, August 7, 2025

Kempen Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MRSIA 2025) akan bermula 4 Ogos 2025 di seluruh Malaysia!

 📢 HEBAHAN PENTING UNTUK IBU BAPA & PENJAGA!


Kempen Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MRSIA 2025) akan bermula 4 Ogos 2025 di seluruh Malaysia!

💉 Suntikan Measles-Rubella (MR) ini PERCUMA untuk semua kanak-kanak yang lahir dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025 (umur 6 bulan hingga 59 bulan).

Kenapa penting?
➡️ Measles bukan demam biasa — ia boleh sebabkan radang otak, sawan & kematian.
➡️ Imunisasi lindungi anak anda & hentikan penularan penyakit.
📍Datang ke fasiliti kesihatan terdekat. Jangan lepaskan peluang ini!
❤️ Lindungi Anak, Sayangi Masa Depan.



Hentikan Salah Laku Buli Di Sekolah!

 Hentikan Salah Laku Buli Di Sekolah!



Awas! Penyamaran menggunakan logo dan nama rasmi agensi!​

 ELAK JADI MANGSA PENIPUAN.

Awas! Penyamaran menggunakan logo dan nama rasmi agensi!​

🚨 Nampak seperti rasmi, tetapi sebenarnya taktik penipuan yang semakin berleluasa. Penipuan ini melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo agensi termasuk KWSP oleh pihak tidak bertanggungjawab.​

✅ Amalkan konsep 3S, Soal.Sekat.Sebar:​
1️⃣ Soal – Semak kesahihan maklumat melalui laman web atau media sosial rasmi agensi​
2️⃣ Sekat – Jangan dedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun atau kata laluan. Jangan ikut sebarang arahan!​
3️⃣ Sebar – Kongsi info ini dengan keluarga dan rakan untuk elak penipuan.​

🚨 Sekiranya anda menjadi mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda segera untuk hentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

💡 Pesanan Penting: Kekal bijak, semak dahulu, dan lindungi maklumat anda! Anda Kena Peka!!​

Sumber: KWSP



TIP HORMATI JALUR GEMILANG

 


SEMARAK GEMILANG MERDEKA@TANGKAK

 


Tuesday, August 5, 2025