Wednesday, March 13, 2024

Pameran Karya Pelukis Wanita: Lentera dan Seroja

Datang ke Pameran Karya Pelukis Wanita: Lentera dan Seroja yang berlangsung pada:

🗓️: 10 Mac - 10 Jun 2024
📍: Galeri Seni Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru

Pameran Lentera dan Seroja itu melibatkan kumpulan artis Wanita Johor yang terdiri daripada pensyarah, guru-guru Pendidikan Seni Visual dan beberapa pelukis wanita yang berasal dari Johor yang telah menempa nama bagi memartabatkan seni visual serta seni kreatif negeri ini.

Untuk makluman, pelukis-pelukis ini digabungkan dalam satu pameran adalah kerana mereka mempunyai kecenderungan yang sama dalam mengangkat nilai-nilai budaya dan jati diri negeri Johor dalam karya mereka.

Malah, mereka juga mempunyai inspirasi yang sama dalam menghasilkan karya-karya seni visual selain bangkit bersama dalam mempertahankan kemahiran dan teknik dalam berkarya.
Pameran ini turut menampilkan 18 pelukis wanita yang mempamerkan 54 karya selama tiga bulan di Galeri Seni Johor.



No comments:

Post a Comment