Monday, December 22, 2025

BELIA & DADAH: KRISIS SENYAP YANG PERLU DITANGANI BERSAMA

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia bukan lagi isu terpencil — ia adalah krisis senyap yang sedang mengancam masa depan generasi muda dan keselamatan negara.

📊 Fakta membimbangkan:
🔺 Kes penyalahgunaan dadah belia meningkat 28.4%
🔺 Lebih 116,000 kes direkodkan pada tahun 2024
🔺 84% kes melibatkan dadah sintetik jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS)
🔺 53.4% belia memperoleh bekalan dadah dengan membeli sendiri — menunjukkan akses yang semakin mudah
Di sebalik angka ini, setiap kes mewakili seorang anak muda dengan masa depan yang perlu diselamatkan. Faktor seperti rasa ingin mencuba, tekanan hidup, pengaruh rakan sebaya dan keseronokan sementara menjadi antara punca utama belia terjebak.
🛡️ Komitmen Kerajaan MADANI melalui KDN
Kementerian Dalam Negeri melaksanakan pendekatan menyeluruh dan berasaskan bukti melalui strategi serampang tiga mata:
1️⃣ Pencegahan awal – memperkukuh kesedaran dan pendidikan dari peringkat akar umbi;
2️⃣ Pemulihan berkesan – rawatan holistik berfokuskan pemulihan dan reintegrasi; dan
3️⃣ Pemerkasaan belia – membina daya tahan, kemahiran dan jati diri generasi muda

Belia adalah aset masa depan negara. Bersama, kita lindungi mereka. Bersama, kita bina masa depan yang lebih selamat dan sejahtera.


JANGAN TERLIBAT DENGAN PENYEWAAN AKAUN DAN KAD BANK

Akaun bank dan kad ATM bukan untuk disewakan. Tawaran bayaran mudah, kerja ringkas atau komisen lumayan dengan syarat menyerahkan akaun bank merupakan taktik sindiket jenayah kewangan.


Perbuatan penyewaan akaun bank boleh menyebabkan akaun anda disalahgunakan untuk aktiviti penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah lain, walaupun anda tidak terlibat secara langsung.

⚠️ Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun, denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali.
⚠️ Akaun juga boleh disenaraihitamkan sebagai akaun keldai seterusnya menjejaskan urusan kewangan dan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

🔍 Sentiasa berwaspada. Jangan serahkan akaun atau kad ATM kepada pihak ketiga.
📌 Lindungi diri anda demi keselamatan kewangan bersama.