Friday, November 21, 2025

Trend penjualan ubat suntikan untuk penurunan berat badan dalam talian

Hati-hati dan sentiasa waspada dengan trend penjualan ubat suntikan untuk penurunan berat badan dalam talian tanpa preskripsi dan pemantauan ketat daripada doktor.


Awass
💉 Penggunaannya tanpa nasihat dan pengawasan profesional boleh membahayakan kesihatan anda

🩺 Ketulenan tidak terjamin: Produk yang dijual secara haram di platform online mungkin palsu, tidak berdaftar, tercemar, atau mengandungi dos yang salah.

Ingat
Jangan sekali-kali membeli ubat preskripsi tanpa perundingan dan preskripsi yang sah daripada doktor bertauliah, apatah lagi secara online dari mereka yang tidak anda kenali.
Jika anda ingin menurunkan berat badan, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet. Ada cara yang lebih selamat dan terbukti berkesan!

Jaga diri dan kesihatan anda! Jangan pertaruhkan nyawa anda demi jalan pintas

#semaksebelumklik #tolakubattidaksah #johorfmkongsi



Seksyen Forensik Siber

Tahukah anda apa itu Seksyen Forensik Siber?

Seksyen Forensik Siber merupakan salah satu cabang bidang tugas di bawah Cawangan Farmasi Forensik, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara tugas utama seksyen ini ialah melibatkan pengumpulan dan pemeliharaan maklumat dan keterangan dari peranti digital yang dirampas semasa serbuan serta pengumpulan dan analisis bahan bukti digital dari media sosial. Kedua- dua proses tersebut dijalankan di fasiliti Makmal Forensik Siber, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, seksyen ini juga menyediakan pegawai terlatih dalam mengendalikan peranti digital semasa serbuan dan juga menyekat penyebaran kandungan digital yang menyalahi akta. Kesemua ini adalah merupakan pendekatan dan inisiatif yang diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memerangi jenayah farmaseutikal dalam talian di negara ini.

#tolakubattidaksah #waspadapembelianonline



Monday, November 10, 2025

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL BAWAH 16 TAHUN

Tahukah anda? 


Ramai kanak-kanak bawah 16 tahun sudah aktif di media sosial. Walaupun ia tidak sesuai untuk usia mereka.

Kajian menunjukkan penggunaan media sosial terlalu awal boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan perkembangan sosial anak-anak.

Mereka juga mudah terdedah kepada kandungan tidak sesuai, buli siber, serta risiko gangguan dalam talian.



PERHATIAN KEPADA AHLI PROFESIONAL KESIHATAN!

Anda sering mempromosikan atau membuat review ubat serta produk kesihatan di media sosial seperti TikTok, Facebook atau Instagram?

Tahukah anda bahawa tindakan tersebut mungkin melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

🧑🏻‍⚖️🏛️ Jika disabit kesalahan, anda boleh dikenakan denda sehingga RM3,000, penjara selama 1 tahun, atau kedua-duanya sekali.

‼️✅ Pastikan setiap kandungan atau iklan berkaitan ubat dan produk kesihatan telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (KKM) sebelum dikongsikan.



Tip memilih ubat dalam talian

Nampak "King" ubat resdung terpaling mujarab lalu di timeline? atau penawar segala sakit sendi makan sebiji hilang sakit setahun? Swipe laju-laju!! Jangan beli!! 

KKM telah beri amaran tentang bahaya produk resdung dan sakit sendi yang dicampur dengan Dexamethasone (steroid). Simptom hilang sekejap, tetapi kesan sampingan kekal. Pastikan ubat yang anda beli ada kelulusan KKM (No. MAL dan Label Hologram FarmaTag™)

"Cuba anda tanya seller tersebut, ada ke no. MAL? Ada ke Label Hologram FarmaTag™?"



Wednesday, November 5, 2025