Tuesday, September 30, 2025

Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia

Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia terus meningkat pada tahun 2025: Bayi yang dilahirkan pada tahun ini dijangka hidup 75.3 tahun, dengan Bayi Perempuan Hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding Bayi Lelaki.






RMK13 | Sasaran Keberhasilan Ekonomi 2030!

 Komitmen ke arah ekonomi yang stabil, mampan dan inklusif menjelang 2030.

🇲🇾🚀
✅ Pertumbuhan KDNK disasar 4.5% – 5.5% setahun 📈
✅ Defisit fiskal di bawah 3% daripada KDNK 💼
✅ Kadar purata inflasi antara 2% – 3% 📉



APAKAH MAKSUD PEMERDAGANGAN ORANG?

Pemerdagangan orang merupakan perbuatan mengeksploitasi untuk mendapatkan keuntungan atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan.


Salurkan maklumat di 03-8000 8000 sekiranya anda tahu atau melihat perbuatan yang mencurigakan.



AWAS PENIPUAN SCAM .APK!


🔎 Scammer menyamar sebagai penjual atau penyedia perkhidmatan dengan tawaran menarik dan meminta mangsa memuat turun fail .APK dari sumber tidak rasmi.​

⚠️ Langkah Pencegahan:​
✅ Elakkan Muat Turun fail .APK dari sumber yang tidak diketahui.​
✅Semak Kesahihan penjual atau penyedia perkhidmatan sebelum membuat sebarang pembayaran.​
✅ Hanya muat turun aplikasi hanya dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei Gallery sahaja.​

🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.​
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan. ​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

🚨 Pesanan Penting: Anda kena bijak. ​

Sumber: KPDN



Monday, September 29, 2025

Ciri-ciri pelaburan yang tidak sah

Awas dengan ciri-ciri pelaburan yang tidak sah. Ingat, lindungi diri anda! Jangan biarkan diri anda ditipu!




Monday, September 22, 2025

Harga baharu RON95, Bermula 30 September 2025

Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.

Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.
Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.

Sumber: FaceBook Perdana Menteri Malaysia https://www.facebook.com/share/1N2wJpRJTY/




Rumah Pesona Johor (RPJ)

Rumah Pesona Johor (RPJ) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) sebagai rumah perlindungan sementara bagi wanita yang terlibat dengan kes penderaan, keganasan rumah tangga dan masalah sosial di negeri ini.

Rumah perlindungan ini menyediakan ruang yang selamat, kondusif dan mesra penghuni buat mereka yang memerlukan sokongan. Nak tahu lebih lanjut mengenai RPJ? Ikuti perkongsian dalam segmen Poster JOHOR 01 kali ini.





MICROSLEEP

    MICROSLEEP
    3 SAAT YANG BOLEH MEMBUNUH‼️

JANGAN MEMANDU JIKA ANDA MENGANTUK


DAPATKAN REHAT YANG CUKUP JIKA ANDA MEMANDU UNTUK JARAK PERJALANAN YANG JAUH




2.3 JUTA PEMEGANG LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL) TIDAK AKTIF

 MENURUT JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, JPJ SERAMAI 2.3 JUTA PEMEGANG LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL) TIDAK AKTIF




BILA PERLU TUKAR KAD PENGENALAN ANDA

MyKad yang rosak boleh menyukarkan pelbagai urusan harian seperti di bank, klinik, sekolah dan juga urusan bantuan kerajaan.

JPN menyediakan cara mudah untuk menggantikan MyKad sama ada di kaunter, melalui perkhidmatan MEKAR ataupun secara dalam talian. Pada masa yang sama, amalkan juga tips penjagaan MyKad supaya cip sentiasa berfungsi dengan baik dan tahan lebih lama.



CARA MENGGANTIKAN MYKAD ROSAK

MyKad rosak? Jangan risau, mudah je nak ganti!

Boleh pilih cara yang paling senang untuk anda melalui pelbagai saluran JPN:
✅ Datang ke Kaunter JPN
✅ Mohon di Bas atau Van MEKAR JPN
✅ Hubungi talian MyPhone-In
✅ Mohon melalui JPN e-Services
Permohonan di kaunter JPN atau di Bas/Van MEKAR:
📂 Bawa MyKad rosak + bil utiliti (sekiranya nak tukar alamat)
📸 Datang berpakaian kemas untuk kemaskini gambar MyKad
Permohonan melalui MyPhone-In dan JPN e-Services:
1️⃣ Gambar dan alamat MyKad tidak boleh dikemaskini.
2️⃣ Bawa MyKad rosak sewaktu hadir ke JPN untuk kutipan MyKad baharu.



TIP MENJAGA KAD PENGENALAN

 Kad pengenalan anda adalah dokumen penting. Jadi, jaga elok-elok ya!

Elakkan daripada terkena air, haba, bahan kimia atau apa-apa sahaja yang boleh merosakkan cip. Ingat, jangan ketuk, gores, tebuk atau gunting MyKad anda.

Sama-sama kita pastikan MyKad sentiasa dalam keadaan baik dan tahan lama.



Wednesday, September 17, 2025

KAD SISWA JOHOR SESI 2/2025 KINI DIBUKA!

Khas buat penerima  Insentif Mahasiswa Anak Johor, IMAJ & Skim Bantuan Pendaftaran, SBP 2025!


Kad Siswa Johor memberi anda keistimewaan eksklusif dengan pelbagai diskaun & tawaran menarik di premis rakan niaga terpilih. Hanya untuk anak Johor, hanya untuk Bangsa Johor! 💙❤️

📲 Mohon segera secara online melalui QR code pada poster atau layari : https://get-qr.com/content/nmIcGH

💡Kad ini bukan sekadar keistimewaan, tetapi simbol kebersamaan kita sebagai Bangsa Johor