Friday, August 15, 2025

UTHM LAKSANA PELBAGAI PROGRAM, SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KE- 68

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Sambutan Bulan Kebangsaan ke-68 peringkat Universiti dan Hari Malaysia 2025 bermula 15 Ogos 2025 hingga 16 September 2025Pelbagai aktiviti patriotik dan program khas akan diadakan sepanjang tempoh sambutan ini bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan warga universiti.

Antaranya termasuklah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Konvoi Jalur Gemilang, Jejak Sejarah di Bukit Kepong, Brisk Walk Merdeka UTHM bersama Naib Canselor, Forum Patriotisme dalam Era Digital, serta pameran berkaitan sejarah dan sumbangan alumni.

Program kemuncak adalah Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan dan Majlis Penutup yang turut diraikan bersempena sambutan Hari Malaysia

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Ke-68 Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)19 Ogos 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) .

Antara aktiviti yang diadakan sempena peluncuran tersebut adalah aktiviti konvoi bermotosikal yang diketuai Naib Canselor UTHM dari kampus induk ke kampus Pagoh,  dengan membawa jalur gemilang; penyerahan sumbangan kepada murid kategori B40 dari 10 sekolah sekitar negeri Johor dan penyerahan ’Peranti Siswa’ kepada lebih 30 pelajar UTHM.

Lebih bermakna lagi, kumpulan konvoi bermotosikal terbabit turut bergerak ke Muzium Balai Polis Bukit Kepong bagi menjayakan program “Jejak Sejarah” dan khidmat masyarakat. Aktiviti tersebut bertujuan menyingkap dan menghayati kembali sejarah negara khususnya sejarah Bukit Kepong, selain memberi khidmat bakti kepada komuniti Johor melalui pelaksanaan kerja-kerja kesukarelawan.

No comments:

Post a Comment