Friday, July 11, 2025

KARNIVAL PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON PEKAN NANAS 2025

Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Zon Pekan Nanas dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pontian akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sekolah-Sekolah Zon Pekan Nanas Tahun 2025 yang bertemakan “Pendigitalan Pendidikan Ke Arah Generasi Masa Hadapan”.

Karnival Pendidikan Sekolah-Sekolah Zon Pekan Nanas Tahun 2025 akan berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2025 di SK Batu 24. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Piai, YB Dato Sri Dr Wee Jeck Seng.

Pelbagai program dan aktivti dianjurkan sempena karnival ini. Antaranya Pertandingan Paper Plane Challenge, Pertandingan Smartstep Fun Run - Pertandingan Silat Seni Tertutup, Pertandingan STEM Dalam Pemulihan Khas,Pameran Drone & Robotik, Pameran Mine Craft dan Pameran STEM (UTM)





No comments:

Post a Comment