Thursday, November 12, 2026

PROGRAM KURSUS ASAS HAJI (KAH) NEGERI JOHOR MUSIM HAJI 1448H.

Untuk makluman semua warga Johor!

Lembaga Tabung Haji Negeri Johor telah melaksanakan Program Kursus Asas Haji (KAH) selama 12 siri secara mingguan sehingga 20 Disember 2026 di 26 buah masjid terpilih di Negeri Johor. 

Program Kursus Asas Haji (KAH) ini merupakan kursus pengenalan dan persediaan awal kepada bakal-bakal haji dam umrah yang memberi penekanan kepada taju-tajuk kursus seperti berikut : 

- Falsafah dan Sejarah Haji
- Rukun Haji 
- Wajib Haji dan Umrah 
- Fardhu Ain 
- Isu & Masalah Wanita 
- Praktikal Haji 
- Pejagaan Kesihatan dan Pengurusan Haji

Program ini juga TERBUKA kepada yang berminat dan memilih lokasi di jadual bawah. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari talian ThiJari dan laman web : https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my



No comments:

Post a Comment