Tuesday, April 16, 2024

Tawaran penajaan bagi pelaksanaan program kesedaran dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) (Program SciTech4U – STEM Camp MOSTI 2024).

Tawaran penajaan bagi pelaksanaan program kesedaran dan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) (Program SciTech4U – STEM Camp MOSTI 2024).

Merupakan satu inisiatif di bawah program SciTech4U melalui aktiviti pembelajaran secara tidak formal di luar bilik darjah yang bertujuan memupuk minat pelajar terhadap ilmu sains dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang STI.
Imbas Kod QR untuk garis panduan permohonan dan format kertas cadangan program.



JANGAN JADI PEMILIK AKAUN KELDAI/TUMPANG!

 Ingat! Elakkan diri anda daripada terpedaya.

Bahaya menanti anda.
Sumber: Kementerian Kewangan



Jangan mudah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian

Awas! Jangan mudah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian.

Semak terlebih dahulu sebelum bertindak.

Sumber: Kementerian Kewangan



Aplikasi Price Catcher.

Jom banding dulu semua harga barangan sebelum beli di aplikasi Price Catcher. Pasti ada premis yang tawarkan barangan keperluan dengan harga yang berpatutan!


Banding Harga | Banding Premis



CARA-CARA UNTUK MEGELAK TELEFON ANDA DARIPADA TERKENA PERISIAN HASAD (MALWARE)

AWAS! Sentiasa ambil langkah berwaspada untuk melindungi telefon anda dari perisian hasad(MALWARE)!

Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank atau NSRC di talian 997 (8am-8pm, setiap hari) dan buat laporan polis.

Sumber: AIBIM



Tujuh langkah bijak kurangkan gula

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. 

Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga boleh dikaitkan dengan karies gigi. 

Tujuh langkah bijak kurangkan gula. Jom kitga amalkan gaya hidup sihat menerusi kawalan pemakanan seharian kita.



MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 PERINGKAT NEGERI JOHOR

 MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Bangsa Johor! Dijemput hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Johor seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18 April 2024 (Khamis)
Waktu : 5.00 Petang hingga 7.00 Malam
Tempat : Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall
Nikmati juadah hari raya dan persembahan daripada Yayasan Warisan Johor dan Badan Kesenian Tentera Darat yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari platform media sosial Malaysia MADANI dan laman sesawang www.malaysiamadani.gov.my