Wednesday, June 18, 2025

TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN & MORBIDITI (NHMS) 2025: KESIHATAN WARGA EMAS

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula Julai-Disember 2025 melibatkan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. 

Di Negeri Johor, 19 lokaliti telah terpilih melibatkan di  enam (6) daerah iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang, Batu Pahat, Segamat dan Tangkak.

Tujuan tinjauan ini dilaksanakan adalah untuk memberikan gambaran status kesihatan warga emas bagi membantu merangka program yang dapat memenuhi keperluan populasi ini. Lawatan rumah oleh akan dibuat oleh Pasukan Pengumpul Data yang terdiri daripada dua pembantu penyelidik, seorang jururawat dan seorang pemandu. Semua pegawai penyelidikan ini boleh dikenalpasti dengan:-

- Tanda nama khas sebagai pengenalan diri yang mengandungi nama, nombor MyKad dan tandatangan pengarah Institut Kesihatan Umum (IKU) di belakangSurat pemakluman pelaksanaan banci kesihatan ini

- Ves berwarna coklat terang yang mepunyai logo KKM dan IKU

- Kenderaan rasmi dengan pelekat kenderaan kajian NHMS 2025

Identiti setiap anggota boleh disahkan juga melalui laman web rasmi Institut Kesihatan Umum: iku.nih.gov.my/verify





No comments:

Post a Comment