IMAJ, SBP & PINJAMAN VERSI 1
"Yayasan Pelajaran Johor terus komited dalam menyokong aspirasi pendidikan anak-anak Johor."
Bagi Sesi 1 Tahun 2025, YPJ menawarkan tiga bentuk bantuan pendidikan utama kepada mahasiswa anak Johor.
1. Pinjaman Pelajaran Tanpa Faedah - bantuan kewangan 0% faedah, bagi pelajar yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pengajian tinggi tanpa dibebani masalah kewangan. Apa yang dipinjam, itulah yang dibayar.
2. Insentif Mahasiswa Johor - bernilai RM200, khas buat pelajar Johor yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam negara dan tiada had tahun pengajian.
3. Skim Bantuan Pendaftaran - bernilai RM500, khusus untuk mahasiswa anak Johor yang pertama kali mendaftar pengajian.
Kedua-dua insentif ini disalurkan terus ke eWallet Touch 'n Go, yang kini diintegrasikan dengan Kad Siswa Johor (Kad Visa) - mudah, pantas dan tanpa tunai.
Untuk syarat permohonan dan maklumat lanjut, layari laman web rasmi di bantuan- ypj.com/portal, atau ikuti media sosial Yayasan Pelajaran Johor di Instagram, Facebook dan Tiktok.
No comments:
Post a Comment