Ramai beranggapan bahawa penyakit kuno ini telah pupus, namun ianya masih wujud di lebih 100 lebih negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Tahukah anda? Hari Kusta Sedunia disambut pada setiap hari Ahad terakhir dalam bulan Januari setiap tahun. Untuk tahun 2023, ianya jatuh pada tarikh 29 Januari.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menetapkan “Act Now. End Leprosy” (Bertindak Sekarang. Hapuskan Kusta) sebagai tema Hari Kusta Sedunia pada tahun 2023. Tema ini menekankan dengan mengukuhkan program kawalan Kusta disertai dengan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan kerjasama yang tinggi Kusta boleh dihapuskan.
Jadi, apakah peranan anda?
INDIVIDU: Selalu peka terhadap kesihatan dan perubahan diri. Segera ke klinik kesihatan untuk saringan Kusta sekiranya berisiko (kontak pesakit Kusta atau ada tanda-tanda).
KELUARGA: Memberi sokongan moral kepada ahli keluarga yang mengidap kusta untuk meneruskan rawatan sehingga sembuh.
KETUA KOMUNITI: Mengubah stigma masyarakat sekeliling tentang penyakit Kusta agar pesakit berpeluang menikmati kehidupan yang sejahtera seperti orang lain.
ANGGOTA KESIHATAN: Menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada orang awam agar mereka yakin terhadap program kawalan penyakit Kusta yang dijalankan.
INSTITUSI: menyediakan latihan kepada anggota kesihatan untuk mengukuhkan kemahiran mendiagnosis dan merawat penyakit Kusta
NGO: Bekerjasama dengan agensi kerajaan
dalam promosi program-program yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment