Monday, January 30, 2023

FAKTA KUSTA


 

Ramai beranggapan bahawa penyakit kuno ini telah pupus, namun ianya masih wujud di lebih 100 lebih negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Tahukah anda? Hari Kusta Sedunia disambut pada setiap hari Ahad terakhir dalam bulan Januari setiap tahun. Untuk tahun 2023, ianya jatuh pada tarikh 29 Januari.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menetapkan “Act Now. End Leprosy” (Bertindak Sekarang. Hapuskan Kusta) sebagai tema Hari Kusta Sedunia pada tahun 2023. Tema ini menekankan dengan mengukuhkan program kawalan Kusta disertai dengan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan kerjasama yang tinggi Kusta boleh dihapuskan.


Jadi, apakah peranan anda?

INDIVIDU: Selalu peka terhadap kesihatan dan perubahan diri. Segera ke klinik kesihatan untuk saringan Kusta sekiranya berisiko (kontak pesakit Kusta atau ada tanda-tanda).

KELUARGA: Memberi sokongan moral kepada ahli keluarga yang mengidap kusta untuk meneruskan rawatan sehingga sembuh.

KETUA KOMUNITI: Mengubah stigma masyarakat sekeliling tentang penyakit Kusta agar pesakit berpeluang menikmati kehidupan yang sejahtera seperti orang lain.

ANGGOTA KESIHATAN: Menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada orang awam agar mereka yakin terhadap program kawalan penyakit Kusta yang dijalankan.

INSTITUSI: menyediakan latihan kepada anggota kesihatan untuk mengukuhkan kemahiran mendiagnosis dan merawat penyakit Kusta

NGO: Bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam promosi program-program yang dijalankan. 

 


 



8 ATURAN PENGGUNAAN AEROSOL


 

Sunday, January 29, 2023

UPSI - UPI INTERNATIONAL CONFERENCE 2023



Fakulti Pembangunan Manusia akan menganjurkan *Persidangan Antarabangsa UPSI UPI 2023* pada 15 hingga 16 Mac 2023 bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.


Maklumat persidangan:

Tarikh akhir penghantaran abstrak Dan kertas kerja :

12 Februari  2023

Tarikh akhir penyertaan :

1 Mac 2023


Untuk pendafaran dan maklumat lanjut sila layari laman berikut :

http://persidanganupsiupi.upsi.edu.my/

Monday, January 16, 2023

BAGAIMANA INGIN MEMBUAT JANJI TEMU KE FASILITI KESIHATAN PRIMER NEGERI JOHOR


 

Bermula 1 Januari 2023, pesakit perlu menggunakan Sistem Janji Temu Mysejahtera untuk membuat janji temu ke Klinik Kesihatan, kecuali untuk kes kehamilan baru. Warga Johor boleh melayari sistem lama di jknj2.moh.gov/qrtca @ imbas QR Code yang disediakan.