Monday, March 17, 2025

JOM KENALI NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN

ASEAN terdiri daripada 10 negara yang bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik. Melalui budaya, ekonomi, dan politik, kita saling menyumbang kepada kekuatan dan perpaduan serantau.


ASEAN is made up of 10 countries working together for a better future. Through culture, economy, and politics, these nations contribute to regional strength and unity.

#MyASEAN2025 #MYASEANChair2025 #ASEANMalaysia2025 #KepengerusianASEANMalaysia2025 #KeterangkumanDanKemampanan #InclusivityAndSustainability



Thursday, March 13, 2025

Pastikan anda SEMAK terlebih dahulu sebelum 'check-out’.

 Selalu membeli-belah secara atas talian? Pastikan anda SEMAK terlebih dahulu sebelum 'check-out’.

Jangan mudah terpedaya dengan:
⛔ Tawaran harga yang memberikan diskaun tidak masuk akal atau harga yang jauh lebih murah di media sosial;
⛔ Perlu 'PM tepi' atau DM untuk mendapatkan harga tawaran atau diskaun tambahan;
⛔ Pembayaran perlu dibuat segera kepada akaun peribadi atau syarikat yang tidak berkaitan.
Ini mungkin perangkap penipuan eDagang!
Hanya buat pembelian dari laman web yang dipercayai atau aplikasi rasmi yang mempunyai ciri keselamatan.
Gunakan SEMAKMULE PDRM sebelum membuat sebarang transaksi kewangan di https://semakmule.rmp.gov.my/.
Lindungi diri anda daripada penipuan! Anda Kena Bijak.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia



Wednesday, March 12, 2025

Amalan Penting Pesakit Diabetes Semasa Ramadan.

Ketika berpuasa, pesakit Diabetes sering kali menghadapi "hipo" atau keadaan dimana pesakit akan berasa menggigil dan sejuk menandakan berlakunya penurunan gula dalam darah secara mendadak.


Ikuti panduan seperti yang dikongsikan agar ramadan kali ini dapat dijalani dengan lebih sempurna. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kekerapan pemeriksaan paras gula dalam darah seperti dicadangkan.




Hukuman berat benarkan anak, remaja tidak cukup umur memandu