Thursday, May 4, 2023
MESEJ CUACA PANAS DAN JEREBU
JEREBU
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar meminimumkan pergerakan dan aktiviti di luar rumah ketika jerebu bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan seperti jangkitan saluran pernafasan, iritasi mata, asma, radang paru-paru dan sakit tekak. KKM menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.
CUACA PANAS
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar tidak terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama bagi mengelak dari mengalami kelesuan haba (suhu badan 37 C' - 40 C', jantung berdegup laju, pening / sakit kepala, loya / muntah, berpeluh, letih, lemah) serta strok haba (suhu badan melebihi 40 C', fungsi otak terjejas, percakapan tidak jelas, hilang fokus / kekeliruan, koma, sawan dan tidak berpeluh). Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat.
TARIKH SIARAN : 28 APRIL HINGGA 1 OGOS 2023
GABUNGAN BERTINDAK ANTI SCAM DITERAJUI OLEH CYBERSECURITY MALAYSIA
Memiliki pekerjaan semestinya menjadi impian bagi setiap individu, lebih-lebih lagi apabila pekerjaan yang ditawarkan menjanjikan pendapatan yang lumayan serta faedah yang menarik.
Namun di sebalik tawaran tersebut, tanpa disedari ia hanya menjadikan anda sebagai umpan bagi sendikit pemerdagangan manusia atau untuk jenayah lain yang akhirnya membawa padah. Ini merupakan salah satu taktik penjenayah siber untuk mendapatkan wang serta maklumat peribadi anda.
Antara scam pekerjaan yang popular ialah penipuan bekerja dari rumah, tawaran kerja melalui e-mel, pekerjaan palsu di media sosial, penipuan pekerjaan sektor awam, perkhidmatan pos, penipuan pekerjaan dari laman web pekerjaan / agen palsu.
Untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa scam pekerjaan, pastikan anda membuat semakan tentang syarikat yang menawarkan pekerjaan tersebut, bercakap dengan seseorang yang anda percayai, menolak sebarang tawaran yang meminta wang dan maklumat sensitif anda, atau menjanjikan bayaran yang besar untuk hanya sedikit pengalaman profesional. Kenal pasti, semak dan lapor sebarang eksploitasi scam menerusi talian 997.
Sentiasa bijak. Sentiasa Selamat. Mesej ini dibawakan oleh Gabungan Bertindak Anti Scam diterajui oleh CyberSecurity Malaysia.
TARIKH SIARAN : 28 APRIL HINGGA 20 MEI 2023
-
MALAYSIA mencatatkan 29.8% kanak-kanak di bawah umur 5- 17 tahun yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti ( NHMS 2019). Man...