Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempromosi penggunaan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai MyPublic InfoBanjir.
MyPublic InfoBanjir merupakan satu aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agensi di bawah KASA untuk memberi maklumat aras air serta amaran banjir kepada orang awam. Memandangkan bencana banjir berlaku setiap tahun, informasi ini penting bagi memberi amaran awal kepada orang awam untuk lebih bersedia bagi mengelakkan kerugian dan kemusnahan harta benda.