KEMPEN KESEDARAN INI DIBAWAKAN OLEH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.
DALAM MENANGANI KES-KES PENIPUAN MELALUI PANGGILAN PALSU
ORANG RAMAI DIMINTA AGAR BERHATI-HATI DAN JANGAN PANIK
SETIAP KALI MENERIMA PANGGILAN TERSEBUT, LAKUKAN LANGKAH
INI :-
1. JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PANGGILAN DARIPADA
PIHAK BERKUASA YANG MENGATAKAN ANDA ADA TERLIBAT
DENGAN JENAYAH,AKAN DITANGKAP ATAU DIKENAKAN
HUKUMAN. TERUSKAN MATIKAN PANGGILAN DAN PERGI
KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN UNTUK MEMBUAT KEPASTIAN.
2. JIKA MENERIMA PANGGILAN DARIPADA PIHAK BANK YANG
MEMAKLUMKAN ANDA ADA PINJAMAN ATAU BIL KAD KREDIT
TERTUNGGAK DAN ANDA PASTI TIADA MEMBUKA AKAUN
DENGAN BANK TERSEBUT,SILA MATIKAN PANGGILAN
BERKENAAN.
3. ANDA PERLU BERTENANG DAN SEMAK NOMBOR AKUAN BANK
YANG TERLIBAT DALAM PENIPUAN DAI PORTAL YANG
DIBANGUNKAN OLEH PDRM IAITU : ccid.rmp.gov.my/semakmule
4. BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN PANGGILAN SEBELUM
ANDA KEHILANGAN WANG SIMPANAN