Monday, January 19, 2026

Majlis Tilawah Kali Ke-70 & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2026


Majlis Tilawah Kali Ke-70 & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2026

TARIKH : 19 – 22 Januari 2026
LOKASI : Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat
Ayuh hadir dan hayati keindahan kalam Ilahi. Al-Quran teras pembangunan rohani masyarakat Johor.




Wednesday, January 14, 2026

π™‹π™€π™π™ˆπ™Šπ™ƒπ™Šπ™‰π˜Όπ™‰ π˜½π˜Όπ™‰π™π™π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π˜Όπ™‡π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π˜Όπ™Žπ˜Όπ™Ž π™‹π™€π™π™‰π™„π˜Όπ™‚π˜Όπ˜Όπ™‰ 2026 𝙆𝙄𝙉𝙄 π˜Ώπ™„π˜½π™π™†π˜Ό

Satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor dibawah YPKDT bagi memperkasa ekonomi wanita dan golongan sasar yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor di dalam Belanjawan Johor 2026.


πŸ“ŒImbas QR Kod pada poster atau klik link dibawah untuk muat turun borang permohonan dipautan “muat turun” dan hantarkan borang yang telah lengkap di pejabat YPKDT daerah anda menetap.

https://bit.ly/MySKIPP2026

πŸ“ŒPermohonan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat yang tertera pada borang permohonan serta kelulusan ‼️

☎️ Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.ypkdt.gov.my atau hubungi YPKDT Daerah anda.

πŸ“Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2026 (Jumaat)



Label Keselamatan FarmaTag Versi 2 bermula 1 Oktober 2025

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Label Keselamatan FarmaTag Versi 2 bermula 1 Oktober 2025.


Apa yang anda perlu tahu?
✅ FarmaTag Baharu: Rekabentuk telah dikemas kini.
✅ FarmaTag Lama: Masih sah di pasaran sehingga tarikh luput produk.
✅ Tujuan: Menjamin ketulenan ubat dan melindungi anda daripada produk tidak sah.

Pastikan ubat anda mempunyai label keselamatan FarmaTag yang asli sebelum dibeli!



Monday, January 5, 2026

AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025 (ONSA

AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025 (ONSA) 

Tujuan utama: Melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan, daripada ancaman keselamatan dalam talian seperti kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSAM).

πŸ‘Ά Perlindungan Kanak-Kanak‼️

Mengiktiraf bahawa CSAM bukan sekadar jenayah digital, tetapi memberi kesan psikologi jangka panjang termasuk trauma, gangguan emosi dan pembentukan identiti mangsa hingga dewasa.

Menekankan pendekatan pencegahan awal, bukan hanya tindakan selepas jenayah berlaku.

🌐 Tanggungjawab Platform Digital‼️

Peralihan tanggungjawab kawal selia:

Tidak lagi dipikul oleh mangsa atau ibu bapa semata-mata.

▶️Penyedia platform digital kini dipertanggungjawabkan untuk:

Mencegah, mengesan dan menurunkan kandungan berbahaya.

Melaksanakan sistem keselamatan dan pemantauan yang berkesan.

Prinsip utama: “Platform responsibility, not victim burden.”

πŸ“Œ Kesimpulan - ONSA 2025 menandakan satu anjakan dasar penting dalam keselamatan dalam talian Malaysia — daripada pendekatan reaktif kepada tanggungjawab sistemik, dengan fokus kuat terhadap perlindungan kanak-kanak dan kesejahteraan mangsa.





Kes pecah amanah oleh ejen insurans adalah SATU KESALAHAN JENAYAH.

Perbuatan seperti menggelapkan duit pelanggan atau syarikat, memalsukan dokumen adalah tidak boleh dikompromi. Pecah amanah oleh ejen insurans merupakan suatu kesalahan di sisi undang-undang.
πŸ“Œ Kesalahan ini boleh disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
πŸ”Ž Amanah adalah tanggungjawab.
πŸ“’ Masyarakat terutamanya pemilik polisi insurans diingatkan supaya tidak membayar secara terus kepada ejen insurans melalui tunai ataupun transaksi akaun ke akaun peribadi ejen, syarikat ejen atau mana-mana individu lain yang diberikan oleh ejen. Pastikan pembayaran dibuat terus kepada akaun syarikat insurans anda.



LINDUNG KENDIRI: Bekerja Sendiri, Tetap Dilindungi

Bukan semua orang bekerja di pejabat.

Freelancer, pekerja gig, usahawan mikro dan individu bekerja sendiri juga berhak mendapat perlindungan keselamatan sosial.

Melalui LINDUNG KENDIRI, PERKESO menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit pekerjaan termasuk faedah perubatan, penggantian pendapatan, pemulihan dan kebajikan keluarga sekiranya ditimpa musibah.

Kerana walau bekerja sendiri, masa depan tetap perlu dilindungi.

PERKESO LINDUNG Semua.



JATI DIRI ANAK BERMULA DARI RUMAH

Jati diri anak terbina melalui didikan, adab dan kasih sayang yang bermula di rumah, justeru keluarga yang kukuh dan bimbingan yang konsisten menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berakhlak, berkeyakinan serta mampu menolak pengaruh negatif.